CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 13, 2009

Epok epok punya citer


Salam uolls...

N3 kali nih ,korang kena buat karangan berkisahkan gambar di atas.Boleh gtu...Den gurau jer.K lah den nak citer pasal epok2.Korang nak layann,layanlah..pada yang bze,buatlah korje memasing k.
Kisah satu......
Di awal kehamilan den dulu.den teringin yang amatlah nak makan kuihni.Pepagi alam kat tempat kerja, den pun dengan poning2 lalat gtu turunlah dari tingkat 3,sekolah tempatkerja dentuh.Tuhan jerlah yang tahu macamana den nak menghabiskan anak2tangga yang den turun tuh ke kantin,mana dengan pening,mual dan macam2 bau bauan yang den bau.Alah betul den hamil kalini,upss sebelumnya pun macamni gak..Sesampainya den di kantin,kakak I,bukan nama sobonar,dukla bercerita pasal golang emas dia baru beli.Tikatuh den dah berpinar bijimato duk nunggu dia ambik kuih tuh.Ambik takler jugak.Den pun cakapla dengan dio,kak..den nak beli epok2,bukan nak boli golang der.Cukuplah golang den seutasnih.Dio bukaklak citer lain pulak.Den bukan taknak ambik sendiri kuih tuh,tapi bau rempah kari yang ditumis buat den termual gtu.Alih2 dia cakap kuih tuh dah abis.Denpun merajuk,teruslah naik semula.Sensitif bobona den waktutuh.Sedih jangan citerlah.Pasal epok2pun boleh sedih.Lepas padatuh den takambik potpun pasal kuihni,walaupun tika den nak tak dapat makan.Selepas den bersalin,anak den ngences..den duk fikir gak,apa yang den takdapat makan.sumer ab.den carik,bab epok2lak boleh terlupa..Nasibbaiklah izzah tak ngences lagi,kalau buat epok2pun,pedaspun dia makan.alahai kak I,Epok2 punya pasal,den merajuk dengan akk.

Kisah 2..
Kringgg...telefon rumah den berbunyi.Pagi den kelamkelibut ckit.Mak mertua den cakap,nanti belikan mak nasi ambang kat simpang.den pun oklah.Derhakalak kalo takbelikan .Maisarah pesan epok2.Den pun beraturlah.Org punyalah ramai.Sumer takda masa macam den..Den parking keta kat tepi jalanlah.Dalam sibuk beli tuh,mamat mana tah,pegi langgar keta den.Den tak prasan lagi,pasal ada bas berenti kat traffic light tuh.Orang duk bising2,baru den prasan.Mamat motor tuh dah lari.Den tengok.lomah rasa badan.Den duk parking kat tepipun kena tibai gak.Den pegilah antar nasi ambang tuh dan maisarah ke rumah mak mertua den.Tau apa jadi.Maisarah makan kelim kuih epok2 tujer.Penat beratur lum hilang lagi,nak je den luku kepala dia.geram sihh.Haritu hilang gaji den sebulan upah wat keta.Cakap ngan anak,jgn bgtahu ab.denlah.Risau dia kat Saudi tuh nanti.Nak jd cerita,dia dah tahu dah.Dia cakap Wong Ahlong bgtau.Dlm hati bilalak den antar ketanih kat bengkel cina.Punyalah lembab den nih,along anak den lah cter...

Kisah 3.
Baru2 den skuarga duk Saudi nih,den pun cakap lah dgn anak den Angah Faiz,pergilah kat simpangtuh beli kuih epok2.Faiz pun cakap,mak jangan nak buat lawaklah mak,banyak epok2 jual kat simpang tuh.Ia lah,jangan nak mimpilah.Moral of the stori,buatlah sendiri kuih kegemaran anak2 den nih,walaupun den tak mahir buat kuih nih,nak tak nak sendiri mahu ingat. k lah,epok2 punya kisah dahhh,layannnnn....

Sedikit info..

Lama sudah tak memblognih.Adik bradik n kengkawan sumer tertanya2 kemanalah tuan tanah ni pergi..Naik berdebu dan bersawang blog den nih.kesian,terbersin2 sapo yang singgah.Memandangkan munga-munga den dah hidup suburtuh,jemput2 lah singgah uolls,jangan serik2 k.N3 DEN kalini nak cerita sikitlah pasal kehidupan kat Saudinih,ni wat sesaper yang bakal berkelana kesini.Den nak citer pasal rumah dulu k.Rumah sewa kat sini,sewanya dibayar untuk setahun.Anggaran dalam SR19k ke SR35k.Semua bergantung kepada keluasan dan persekitaran rumah tersebutlah dan tiada berperabut.Jika duduk di Apartmen yang siap berperabut,sewanya dalam SR3k hingga SR5K.Permulaan nak duduk rumah sewatuh,kita kenalah sediakan deposit api dan air,semua dalam SR1k untuk setahun.
Macam den nih,memula dah dapat rumah sewanih,kenalah sediakan macam2 keperluan untuk sebuah rumah,kata bermulanya satu kehidupan ,umpama orang baru kahwin,macam2 nak disediakan.Ini bergantunglah pada kita macamana nak mengayakan rumah kita tuh.senang citer,nak tema apa,bali,zen,nusantara n whateverlah.Mcm dennih,tema Jepun...jadi pilihan ,dudukpun sopan santun.
Den nak ngomel bab makanan pulak.Kat sini macam rempah kari dan adikbradiknya banyak,tapi dah biasa dengan buatan mesia ni,lain sikitlah.tekak dah sebati,nak tukartuh ambik masalah.Kelapa senang cari kat cni.Bagi sesapelah yg ada kukur kelapatuh bolehlah bawa.Harga sebiji kelapa SR6.Kalau nak senang lagi,gunajer kelapa tin.,harganya dalam SR3 ke SR4 Setin. Payah juga den nak ingat macam2nih.Kalau uolls nak baca,bacalah k.Ayat yang den gunanih mudahje,takpayah nak berbelit lidah uolls baca.Oh ia,lupo lak,macam rempah sup,den tak nampak lai.Rempah tumis,den nampak kulitkayumanis tuh,mak oii punyalah gedabak.Pepandailah kita nak adjust dan campur cikkak 3bradiktuh.Part nih den ado lomah sikit.
Bab minuman.Milo,nescafee,teh,ada sumer di sini.Tongkat Ali pun ada gak,sian pak Ali tak pasal2 tak bertongkat..ngehh..Bagi yang suka sunquick,senang cari,siap jelah rialnya..1botol dalam SR13.Pada yang suka minum susu pekat manis,mcm2 jenama ada.Harganya dari SR5 -sr7.Susu yang harga SR7 tuh yang rasanya macam susu FN,Den sukalah.nak taknak terpaksa juga beli.Bagi pengemar jus buah-buahan,jangan duk risau,melambak di pasaran,pilih jer ikut citarasa masing2.Di sini airtin macam2 jenama harga dia SR1 setin.
Macam buat karangan den nih,harap pada tipah yang bertanya,puashatilah k.
Pada uolls yg nak datangtuh,penuh2kanlah ilmu didada.bukannya apa,kalo teringin nak makan apa2,sendirilah kena buat.kat sini takdenya jual goreng pisang,kledek,cempedak dan seangkatan dengannya kat simpang2 jalan nun.Kalau kat Mesia,start ketajer ,tunjukjelah,tak payah sesusah mana.Huhuhu sedih,dah lama tak bawak keta.rindulak.Orang pempuan kat cni jangan mimpi nak bawak keta.kadang2 den tersasulgak nak duduk kat sit pemandu..
Bagi orang pempuan ,bawalah apa2 losyen.Elok kulit yang duk mulus kat Mesia,tiba kat cni,keringlak.Macam denlah,kulit sensitif betul,mana taknya tekak duk makan kari,orang cni makan yogurt,bayangkanlah macamana nak mantain menjaganya.mula nak merapu.
K lah,den kat sini dah jadi nenek kebayan,siang mengantuk malam berjaga,bukannyaapa ckenit den tuh nak pandai berdiri,malam asyik nak trainingjer,taknak tidur.Kepada uolls semua layannnlah citer tuantanah nih,tuantanah nak g tidozzzzz sat....